Isnin, 20 April 2015

Lawak Ke Der 2015

Assalamualaikum...

Hari sabtu malam.. ajak encik tunang layan Lawak Ke Der 2015 kat Istana Budaya..

apa yg aku nak kata ialah.. Lawak Ke Der 2015 terbaik giler!

Persembahan Bocey adalah yang terbaik laaaa... "nora bagi 10 bintang!!"
hahaha... buat lawak pasal rewang... memasing pegang watak mak-mak gituw... 

punch line tak putus-putus! sib baik aku bawa air mineral... duk gelak sampai terbatuk2..

astaghfirullah al azim... sampai ter over gelaknya tu... huhuhu 

Persembahan Douglas Lim.. pada awalnya mun rasa "kenapa dia..boleh ke dia ni? kelakar ke??"

oh hooooo.... jangan pandang rendah pada beliau... walaupun dia berbangsa cina.. tapi penggunaan Bahasa Melayu beliau sangat baik... dan lawak beliau sangat menjadi.. boleh dikira pada awalnya letak lawak beliau kelakar pada 7 bintang... tapi persembahan beliau pada malam tu aku bagi 9 bintang!!

Lawak berkenaan GST dan Nabil Raja Lawak... memang menjadi! tapi 1 bintang tu aku tolak sebab dia ada wat lawak yg dikira sedikit lucah (bagi aku lerrrr kaaan) 

Persembahan Afdlin Shauki pulak... walaupun membuat persembahan secara solo tanpa arwah Harun Salim Bachik.. persembahan solo beliau tetap best giler... apa de hal bagi beliau utk wat lawak solo kan...

sebelum ni pun dia biasa jadi emcee macam2 majlis... mun sendiri pun sudah 2x dgr lawak beliau dalam Minggu Setiausaha..  

kiter tetap bagi 9 bintang je... tak tahu kenapa.... tapi mungkin sbb cara penyampaian kureng cket kot... 
yg pastinya lawak mengenai GST diselitkan dan duk bahan Hans Isaac mmg kelakar.. haha.. mun suka lawak beliau pasal "menurut kajian saintifik" ada je laa bahan lawak pasal orang gemuk ni kan... 

dan yang terakhir Persembahan Harith Iskander..

oh hoooo... encik tunang kiter minat giler dgn lawak beliau yg penuh dgn fakta... bukan main lagi dia duk gelak2... kiter pun suka gak..sebab apa yg disampaikan tu memang tepat.. terkena kat batang hidung sendiri hokey! haha... 

Mun bagi 9.5 bintang! best giler dgn lawak pasal WAZE.. apa yg dia duk citer pasal org perempuan guna waze.. mmg buat aku gelak sampai merah muka kott...haha... 

lepas tu ada selit pasal penggunaan Instagram... haaa sebab pasal instagram yg dia duk tunjuk comment peminat yg guna nama ....... (ada sedikit lucah bg aku..hukhuk)- sebab yg ni hilang 0.5 bintang tau...


Secara keseluruhan.... best giler! 




@Kata Hatiku Berbicara@

Thanks my dear sudi temankan cik tunang layan Lawak Ke Der... 

walaupun kereta beliau kena langgar dari belakang masa kami otw nak ke Istana Budaya dari arah Semenyih.. beliau bleh wat rileks jerr.. mujurlah kereta beliau tak de pape kan... dia plak yg risau kat makcik yg langgar kereta dia..sebab makcik tu dah mengigil katanya.. mau nyerrr tak cuak wei... haha

Jumaat, 17 April 2015

Kembali aktif menjahit!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...sejak akhir-akhir ni.. mun kembali aktif menjahit..kembali aktif berniaga...

terasa kembali bersemangat... selepas adanya dorongan dari encik tunang... 

#thank you so much my dear... 

sudah pastinya ia membuatkan mun lagi kuatkan azam yg selama ni tak pernah terpadam..iaitu "memiliki kedai sendiri" 

insyaAllah...satu hari nnt... dah lama sangat teringin nak buka kedai... so.. target kiter sudah pastinya lepas kawen laa kan... 

ni laa antara tempahan yg sempat mun siapkan selepas sekian lama menolak tempahan customer...
huhu... minta ampun dan maaf buat mereka... bukan mahu menolak rezeki..bersusah payah nak kembali menjahit sebab 1 umah tgh bersepah dan berterabur... sibuk nak mengecat, pecah tembok..tukar kipas syiling, mengemas bilik... habes semua barang nak menjahit terpaksa simpan kat dapur dan ruang tamu... work station pun...toksah ckp le... mmg xde dah... 

now... semua dah berkemas.. dah cantik... boleh ler kembali aktif kan....







@Kata Hatiku Berbicara@

Lepas ni...dah boleh mula menjahit door gift majlis sendiri... weeeeeee~